Tuesday, 2 February 2016

            Assalamualaikum.Hai.Saya baru saja menggunakan blog pada hari ini.Hari ini saya mahu menceritakan tentang riwayat hidup saya.


RIWAYAT HIDUP SAYA

  • Nama Penuh       : Muhammad Shahrul Mizan bin Mohamed Nizam
  • Nama Timangan : Shahrul / Mizan / E-Jan
  • Umur                  :18 Tahun
  • Tarikh Lahir       : 4 Julai 1998 (18 Tahun)
  • Tempat Lahir      : Hospital Tanjong Malim,Perak D.R
  •  Hobi                   : Bermain bola sepak                                                                 : Melayari Internet                                
  • Cita-cita              : Doktor
  • Tinggi                 : 165 cm
  • Berat                   : 60 Kg
Itu baru saja tentang asas riwayat hidup saya.Sebenarnya ada banyak lagi yang hendak saya kongsikan tentang kehidupan saya yang lain.Contohnya,pendidikan awal , dan sebagainya.


PENDIDIKAN AWAL SAYA
Saya mula melangkah ke alam persekolahan semasa saya berumur 5 tahun , iaitu pada tahun 2003.Semasa itu,saya baru mula mengenal huruf di Tadika KEMAS Behrang Stesen.Di sana, saya dapat mengenali rakan-rakan saya.Bukan itu saja,di sana terdapat juga saudara-mara saya yang belum pernah saya kenali pada masa itu.

Pada tahun seterusnya,saya mengikuti ibu saya ke Sekolah Kebangsaan Gedangsa.Ibu saya baru mengajar di sekolah tersebut dalam masa 1 tahun. Sebelum ini,ibu saya mengajar di Sekolah Kebangsaan Sinaran Budi,Rawang.Saya terpaksa mengikuti ibu saya kerana ia adalah jalan penyelesaian yang mudah dan memberi kebaikan kepada diri dan keluarga saya.

This is me when I was 6 years old (preschool) . Cuba cari di manakah saya
Saya bersekolah di Sekolah Kebangsaan Gedangsa selama 6 tahun , iaitu dari Pra-Sekolah sehingga darjah 5 . Tahun seterusnya , saya terpaksa mengikut ibu saya berpindah ke Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah kerana ibu saya mempunyai konflik antara ibu saya dengan guru besar pada masa itu , Tuan Haji Suhaimi bin Ramli. Sekarang nie dia dah arwah dah. Sedekahkan la Al-Fatihah untuk dia.Semoga rohnya dicucuri rahmat.Aamiin

Selepas itu,saya telah diiktiraf sebagai pelajar baru di Sekolah Kebangsaan Gesir Tengah pada pertengahan tahun 2009 dan awal tahun 2010.Alhamdulillah jawatan kegemaran saya,iaitu Pengawas Sekolah telah dapat saya capai.Sebenarnya,saya tidak mahu berpindah ke sekolah tersebut kerana saya tidak mahu melepaskan jawatan terbesar saya,iaitu Ketua Pengawas Sekolah.Itu jawatan yang saya mahukan tapi apakan daya,terpaksa jua saya lepaskan :'( 

Pada tahun 2010,tahun tersebut merupakan tahun yang paling digeruni oleh warga Batch 98 kerana tahun tersebut bermulanya sebuah Peperiksaan awam dipanggil Ujian Pencapaian Sekolah Rendah(UPSR).Walaupun keputusan peperiksaan saya tidak mencapai target yang diimpikan namun saya bersyukur atas segala kurniaannya.Saya hanya mendapat 3A 2B dalam peperiksaan UPSR saya.A yang saya capai pada masa itu hanya Bahasa Melayu(Pemahaman),Bahasa Melayu(Penulisan) dan Matematik.Terima kasih saya ucapkan kepada cikgu2 dan bapa saya yang bertungkus-lumus mendidik saya.Pada asalnya,Subjek Matematik tu saya asyik mendapat C.Tapi kali ni memang saya tak percaya.Daripada C terus melonjak A.


ALAM PERSEKOLAHAN MENENGAH
Pada tahun 2011,saya telah melangkah ke alam persekolahan menegah.Saya menyambung pelajaran saya di Sekolah Agama Menengah Sungai Selisek,Hulu Selangor.

SAM Sungai Selisek,44020 Kuala Kubu Bharu,Hulu Selangor,Selangor D.E



Saya bersekolah di sana selama 3 tahun , bermula dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 3 . Pada tahun 2013,kami selaku warga Batch 98 menghadapi satu Peperiksaan awam iaitu Penilaian Menengah Rendah(PMR) . Alhamdulillah . target yang tidak saya capai semasa UPSR dahulu(5A) telah dapat saya capai pada PMR.Agak kelakar juga rasanya

Rasanya cukup dulu sampai di sini.Nanti in shaa Allah kalau ada umur panjang dan ada masa,saya akan kembali mengemas kini blog ini.Sekian Wassalam